Thursday, October 20, 2011

JOM KITA BERTAUBAT SAMA-SAMA

* Taubat ialah sesal akan dosa disebabkan perbuatan jahat yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya*

TAUBAT!!! 
Jika berkata tentang taubat ni, kita selalu dengar orang kata nak bertaubat atau pun nanti dah tua lah baru aku bertaubat...atau mungkin kita sendiri pernah berkata begitu suatu masa dulu, kiranya zaman jahilliah kita lah kan...hehe, tapi mungkin terlupa sesuatu atau sengaja buat lupa atau dengan erti kata lain tak peduli tentang satu ayat dari Al- Quran dan Hadis mengenai taubat ni,

BERTAUBATLAH KAMU SEBELUM DATANGNYA 3 PERKARA INI;

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Surah An-Nisa Ayat ke 110)

1. Bertaubatlah selagi nyawa dikandung badan dan belum sampai ke halkum.

Sabda Nabi s.a.w. lagi,”Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.” 
(Riwayat Al-Tirmizi)

Taubat Firaun tidak diterima kerana nyawanya sudah sampai ke halkum pada masa itu, lalu Malaikat Jibril menyumbat mulutnya dengan pasir:

Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah” 
(Riwayat Al-Tirmizi dan Abu Hurairah ra)


2. Bertaubatlah sebelum matahari terbit dari sebelah barat.

“Siapa yang bertaubat sebelum terbit matahari dari arah barat, nescaya Allah terima taubatnya.” 
(Riwayat Muslim)

Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya (rahmatnya) di malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang bebuat dosa di siang hari, dan membentangkan tangan-Nya (rahmatnya) di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di malam hari, sampai matahari terbit dari arah barat.” 
(Riwayat Muslim).

Rasulullah saw. bersabda: Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum matahari terbit dari barat..


3. Bertaubatlah sebelum Al-Quran dihilangkan.

Selagi Quran masih ada selagi itu diampunkan dosa kita. Pintu taubat masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari dada orang Islam. Abdulllah bin Mas’ud berkata, “Sungguh, kelak Al-Quran akan dicabut dari dada kamu, dalam satu malam, dihilangkan dari hafalan semua orang, sehingga di bumi ini tidak tersisa lagi sedikitpun.” 
(Riwayat Al-Tabrani)

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah) Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti ‘ada benda’ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.



Kematian akan datang dengan tiba-tiba kawan-kawan. Kita sendiri tak tahu bila kita akan mati. Apa kata dari sekarang, bagi yang belum bertaubat, niatlah didalam hati dengan seikhlas-ikhlasnya yang kita mahu bertaubat sambil berusaha untuk meninggalkan sedikit demi sedikit perbuatan dosa kecil atau besar yang kita lakukan. Yakinkan diri dan berdoa semoga Allah SWT akan beri kita hidayah dan membimbing kita kejalan yang benar, insyaAllah, Allah akan permudahkan segala-galanya. Tapi kalau niat sahaja dan hati masih tetap tidak mahu lepaskan perbuatan keji yang kita buat, memang takkan tercapai sebabnya Allah SWT sentiasa tahu apa yang ada dalam hati kita. Syaitan memang sentiasa berbisik untuk menyesatkan kita tapi HATI ni kan kepunyaan kita, jadi jangan selalu suka menyalahkan syaitan atas apa yang perkara tak baik yang kita lakukan. Belajarlah untuk MENDIDIK HATI dan NAFSU kita kearah kebaikan...InsyaALLAH KITA MAMPU dan KITA BOLEH!!!

No comments:

Post a Comment