Wednesday, September 28, 2011

ADAB BERKONGSI ILMU

http://www.flickr.com/photos/jack329


Assalaamu'alaikum w.b.t

Penggunaan bahasa kesat seringkali digunakan oleh orang-orang asing di facebook, myspace, youtube, blogger dan lain-lain lagi. Tetapi perkara ini semakin menular dikalangan orang-orang islam kita terutama kanak-kanak sekolah rendah...na'uzubillah Kadang-kadang kita lupa, komen-komen itu dibaca oleh semua lapisan masyarakat termasuk suami/isteri, anak, ibubapa, saudara-mara dan rakan-rakan kita. Bayangkan jika kita seorang guru, komen-komen dan bahasa kesat, celupar, mencarut itu akan dibaca oleh anak-anak murid kita.

Dengan ini, kembalilah kita kepada sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah diutuskan untuk mendidik kita agar berakhlak mulia, bersopan santun tidak kira bangsa terutama sesama islam. Pernahkah anda terfikir sikap biadap, carut-marut dan kata-kata kesat itu datangnya dari iblis laknatullah? Saya sendiri akui adakalanya komen-komen yang saya baca menerbitkan sifat marah didalam diri saya dan saya seboleh-bolehnya cuba menangkis dan menapis sifat kemarahan saya di laman media ini kerana 

KITA AKAN BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP APA YANG KITA PERKATAKAN

Dibawah ini saya kongsikan antara adab-adab atau cara-cara untuk komen dilaman media yang saya baca dan petik dari laman blog Kongsi Ilmu.

Semoga kita akan mendapat menfaat dari petikan tersebut...InsyaAllah


1. Mulakan setiap tulisan dengan menyebut nama Allah kerana kesannya boleh melembutkan hati dan membantu melancarkan proses penyampaian.

2. Jika ingin ‘reply’, hendaklah membalas ucapan Salam daripada penulis dengan menulisnya di komen anda dan bukan hanya menjawabnya secara lisan.

3. Adalah lebih baik untuk menulis Salla Alaih wa sallam secara penuh jika dibandingkan dengan menulisnya secara ringkas. Namun jika ada kesukaran, cukuplah dengan apa yang biasa difahami.

4. Tidak mempermainkan atau memperlekehkan apa yang ditulis oleh orang lain.. Adalah penting untuk kita memperingatkan diri kita bahawa hak saudara kita adalah untuk kita menghormatinya dan tidak memperlekehkannya dalam apa jua bentuk sekalipun.

5. Sentiasa sahaja memanggil sesama sendiri dengan panggilan yang melembutkan hati seperti ‘Saudaraku yang dikasihi’ atau ‘Tuan yang dihormati’ dan sebagainya dalam perbincangan komen. Boleh juga gunakan apa-apa lain yang melambangkan kemesraan.

6. Sentiasa amalkan ‘double check’ tulisan-tulisan kita kerana untuk mengelakkan kesilapan teknikal seperti rujukan dan sumber yang salah serta kesilapan ejaan.

7. Adalah baik jika kita memberikan perhatian kepada penggunaan tanda-tanda seruan seperti ?? dan !! kerana jika tidak diletakkan di tempat yang betul, maksud yang ingin disampaikan akan hilang. Juga, tanda-tanda seperti itu meletakkan perasaan seperti marah atau mencela sedangkan pada ketika anda tidak memaksudkannya.

8. Adalah baik jika kita dapat membuat sedikit ‘search’ tentang tajuk yang kita ingin tulis kerana kemungkinan besar tajuk tersebut sudah banyak dibincangkan. Kita ingin elakkan tulisan berkisar tajuk yang berulang melainkan jika ada perkara-perkara dan persoalan penting perlu dikemukakan.

9. Elakkan daripada meletakkan tajuk di section yang salah kerana menyukarkan usaha pencarian arkib di masa akan datang.

10.Jangan terburu-buru memberikan fatwa di dalam jawapan ‘reply’ kerana kita tidak ada kelayakan untuk memberikan fatwa. Nyatakan fatwa daripada ulama mana yang anda ambil. Jika anda tidak dapat mengenal pasti dengan tepat sumbernya, elakkan daripada bergantung sepenuhnya dengan memori.

11.Elakkan daripada memberikan pendapat peribadi anda dalam mengupas sesuatu fatwa seperti berkata, “Ini yang saya lakukan…” atau “Ini pendapat saya…” kerana apa yang kita lakukan dan ikut yang tidak ada dalil dan bukti adalah tidak sah terutamanya jika kita hanya menggunakan nick name.

12. Elakkan daripada memberikan ‘unrelated comments’ kecuali ianya membawa manfaat seperti untuk menggalakkan si penulis atau untuk memberikan kehangatan kepada silaturrahim.

13.Adab dalam berilmu menyuruh kita supaya mendedahkan sumber rujukan setepat yang mungkin. Pastikan sumber ditulis dengan jelas untuk rujukan masa akan datang.

14.Akhlak yang paling baik dan paling utama adalah untuk berpegang kepada manhaj ahlu alsunnah wa al-jama’a dalam kita menulis, bertanya, menjawab, dalam gaya pembawaan dan kandungan, dan dalam kaedah dan keputusan.

15.Bersikap rendah diri dan berlemah lembut dengan sesame saudara semuslim.

16.Jangan bercakap mengenai orang lain kecuali ianya adalah perlu dan jangan berlebih-lebihan. Bincangkan hanya apa yang menyentuh topic tanpa berlebihan dan sentiasa memegang niat untuk memberikan nasihat kepada orang lain kerana Allah semata-mata.

17.Jangan berasa gembira jika pihak lain melakukan kesilapan walaupun pihak tersebut melawan pendapat anda.

18.Sebutlah nama saudara yang kita tujukan jawapan ‘reply’ kepadanya seperti, “Jawapan kepada saudara fulan..”

19.Adalah baik jika kita tidak menyebut-nyebut nama guru kita berulang-ulang dan berkali-kali untuk mengelakkan bisikan syaitan. Sebutlah secara umum tanpa merujuk kepada diri kita.

20.Jika ingin menasihati, lakukanlah secara rahsia. Jika ada masalah peribadi, lakukan secara rahsia. Sesungguhnya Allah memelihara orang yang memelihara aib manusia lain.

Wallahu a'lam

***********************************************************
JazakAllahu Khairan Khatira: http://kongsilmu.org

No comments:

Post a Comment