Assalaamua'laikum w.b.t,
Saya cukup tertarik atau dengan kata lain, saya sebenarnya teruja dan jatuh cinta dengan buku-buku keluaran dari terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Saya pertama kali diperkenalkan dengan buku-buku keluaran terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. ini oleh ustaz favorite saya iaitu Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed yang merupakan salah seorang Pengarah Eksekutif Telaga Biru dan bertauliah dalam memimpin kursus dan jemaah haji dan umrah. Sering kali juga beliau berceramah diradio dan tv dan setiap kali muka beliau muncul di tv atau suaranya diradio, saya pasti akan duduk mengadap atau mendengar ceramah beliau dengan kusyuk terutama ketika beliau mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran. Pertama kali ceramah beliau yang saya lihat ialah di TV9 iaitu Tanyalah Ustaz dan setiap kali berceramah beliau pasti akan membawa dan memperkenalkan buku-buku keluaran dari Telaga Biru. Semoga Allah s.b.t merahmati beliau.
Seronoknya membaca dan melihat buku keluaran Telaga Biru ini ialah kerana huraian dan istisarinya padat dan ringkas. Kebanyakkan buku-bukunya disertakan panduan berilustrasi terutama buku berkaitan solat seperti Ensiklopedia Solat, Formula Solat Sempurna, Solat-solat Sunat, Hidup Bersyariat dan lain-lain lagi. Paling saya suka buku-buku Telaga Biru di sertakan 'info' dari mana ayat Al Quran, Hadith, Sunnah atau cerita tersebut. Memang menarik buku-buku Telaga Biru ni, kalau tak percaya sahabat-sahabat boleh lihat sendiri di kedai-kedai buku yang berdekatan. Saya sebelum ini memang susah nak membaca buku terutama yang berkaitan dengan bab-bab agama. Salah satu sebabnya ialah buku tersebut kurang menarik isi kandungannya, terutama kita boleh lihat buku yang berkaitan dengan solat. Kebanyakkannya semua gambar kartun yang dilukis. Kertas dan helaiannya juga ada yang kurang berkualiti dan tidak mempunyai gambar-gambar yang menarik. Isi kandungannya juga sukar untuk difahami dan kadang-kadang yang buat saya sangat kurang gemar membaca adalah kerana perkara yang diberitahu, berat untuk saya amalkan. Contohnya bab solat-solat sunat. Kebanyakkannya tidak memberitahu cara solat sunat secara detail dan surah-surah tambahan atau doanya yang panjang seperti menyuruh agar kita wajib membacanya. Perkara ini terdapat terutama didalam buku-buku lama.
Syukur alhamdulillah saya diperkenalkan dengan buku terbitan Telaga Biru ini. Terujanya sampai setiap bulan saya harus membeli buku terbitan mereka sekurang-kurangnya 3 naskah...hehehe. Terima kasih juga kepada suami saya kerana tak pernah mengatakan TIDAK sekiranya saya hendak membeli buku-buku yang saya minati. Telaga Biru juga ada mengeluarkan majalah Solusi dan Gen Q yang bagus untuk dibaca dan boleh disimpan seberapa lama yang kita mahu tidak seperti majalah-majalah lain kerana majalah tersebut boleh dijadikan rujukan untuk kita bila perlu.
Buku-buku keluaran Telaga Biru boleh dilihat di http://telagabiru.net.my
SELAMAT MEMBACA DAN MENAMBAH ILMU
No comments:
Post a Comment