Tuesday, October 25, 2011

KISAH ASHABUL KAHFI - PENGHUNI GUA


Siapa yang tidak tahu kisah Ashabul Kahfi? Kisah ini sangat terkenal baik bagi penganut agama Islam atau Kristian. Ashabul Kahfi dalam Islam iaitu kisah yang menceritakan 7 pemuda yang mendapat petunjuk dan beriman kepada Allah tertidur dalam gua selama 309 tahun. Mereka melarikan diri dari kekejaman raja Dikyanus.

Lokasi Gua :

Banyak terjadi perselisihan faham tentang lokasi gua. Ada yang mengatakan berada di Syria, ada pula yang mengatakan di Turki, akan tetapi banyak yang berpendapat lokasi gua terdapat di Jordan di perkampungan Al-Rajib atau dalam Al-Quran di sebut Al-Raqim, yang berjarak 1.5 km dari kota Abu A’landa dekat kota Amman- Jordan.




Info terakhir yang diperolehi bahawa Raja Abdullah ke 2 (Raja Jordan) telah secara rasmi untuk mendirikan di muka gua Ashhabul Kahfi masjid dan ma’had yang diberi nama “Masjid Gua Ahlul Kahfi” dan Ma’had Da’wah dan Dai’.

Nama nama Ashhabul Kahfi: Maksalmina, Martinus, Kastunus, Bairunu, Danimus, Yathbunus dan Thamlika manakala anjingnya bernama Kithmir. Setelah tertidur begitu lama, mereka terjaga dari tidur setelah terkena sinaran cahaya matahari dengan kehendak Allah yang memasukki lubang gua.

Sebab turun kisah ini dalam Al-Quran:


Pandangan dari dalam.

Kisah dimulai dari seorang kafir datang kepada seorang Yahudi di Madinah. Dia memceritakan kepadanya bahawa Muhammad mengaku dirinya sebagai Nabi dan dia meminta nasihat kepadanya bagaimana caranya untuk menentangya.
Yahudi tadi berkata “Tanya kepada Muhammad tentang kisah Ashhabul Kahfi, jika dia mengetahuinya maka ia benar sebagai Nabi”.
Lalu orang kafir tadi bertanya kapada Rasulallah saw tantang kisah tersebut.
Mereka menyangka beliau tidak mengetahuinya sehingga mereka boleh mengalahkan dan menentang beliau. Tapi apa yang terjadi. Allah perintahkan Jibril as agar segera turun dari langit menceritakan kepada Rasulullah saw kisah tersebut sebagaimana tertera dalam Al-Qur’an dalam surat Al-Kahfi.

18:9. Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan?

18:10. (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.

18:11. Maka Kami tutup telinga mereka beberapa tahun dalam gua itu,

18:12. kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (dalam gua itu).

18:13. Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk;

18:14. dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran”.

18:15. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih lalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?

18:16. Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu niscaya Tuhanmu akan melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusan kamu.

18:17. Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari itu terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu. Itu adalah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan-Nya, maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpin pun yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

18:18. Dan kamu mengira mereka itu bangun padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan (diri) dan tentulah (hati) kamu akan dipenuhi dengan ketakutan terhadap mereka.

18:19. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya di antara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang di antara mereka: “Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini?)”. Mereka menjawab: “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari”. Berkata (yang lain lagi): “Tuhan kamu lebih mengetahui berapa lamanya kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seseorang pun.

18:20. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya”.

18:21. Dan demikian (pula) Kami mempertemukan (manusia) dengan mereka, agar manusia itu mengetahui, bahwa janji Allah itu benar, dan bahawa kedatangan hari kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika orang-orang itu berselisih tentang urusan mereka, orang-orang itu berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: “Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya”.

18:22. Nanti (ada orang yang akan) mengatakan (jumlah mereka) adalah tiga orang yang keempat adalah anjingnya, dan (yang lain) mengatakan: “(Jumlah mereka) adalah lima orang yang keenam adalah anjingnya”, sebagai tekaan terhadap barang yang ghaib; dan (yang lain lagi) mengatakan: “(Jumlah mereka) tujuh orang, yang kelapan adalah anjingnya”. Katakanlah: “Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka; tidak ada orang yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit”. Kerana itu janganlah kamu (Muhammad) bertengkar tentang hal mereka, kecuali pertengkaran lahir saja dan jangan kamu menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda itu) kepada seorang pun di antara mereka.

Sunday, October 23, 2011

TERDAPAT 10 TANDA HATI YANG TELAH ROSAK

* SEGALA APA YANG TERTULIS DIBAWAH INI SAYA COPY DARI USTAZ ABU BASYER BLOG TANPA MENGUBAH SEDIKIT PUN AYAT BELIAU DENGAN TUJUAN UNTUK PERINGATAN DAN ILMU KEPADA SAYA *


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Allah SWT akan mempersoal hati manusia ketika dia datang bertemu dengan-Nya pada hari kiamat mengenai apa dilakukan semasa di dunia. Hal ini ditegaskan Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud : "Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. "
(Surah al-Israa ayat 36)

Ini kerana hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengeluarkan arahan terhadap bala tenteranya. Dia boleh bertindak untuk menerus atau memberhentikan sesuatu peperangan jika dia melihatnya tidak memberi apa-apa keuntungan.

Nabi SAW menganggap hati manusia sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruhnya anggota manusia, tetapi jika sebaliknya ia jahat, maka jahatlah seluruh anggotanya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Paling penting, setiap muslim perlu mencari jalan bagaimana mereka dapat meluruskan hati mereka daripada terkena penyakit berbahaya yang boleh mencacatkan hubungan mereka dengan Allah SWT pada hari kiamat nanti.

Ini kerana sesungguhnya hati yang hidup adalah hati yang menjadi pangkal hidupnya iman, akhlak Islam dan mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,

Allah SWT telah mengingatkan kita sebagai hamba-Nya agar membawa hati kita untuk bertemu-Nya pada hari kiamat dengan hati yang sejahtera.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna. Melainkan mereka yang menghadap Allah dengan hati yang bersih (sejahtera). " 
(Surah as-Suy'araa ayat 88-89)

Hati yang bersih itu adalah hati yang sejahtera dan selamat daripada penglibatan dalam perkara syirik, nifaq atau tidak mempercayai akan kebesaran Allah SWT. Setelah kita mengenal hati yang bersih dan sejatera, maka apakah pula ciri-ciri hati yang rosak?.

Terdapat 10 perkara tanda-tanda hati yang rosak. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.
2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.
4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.
5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.
6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.
8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.
9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.
10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.

Huraiannya :

1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat.

Daripada Ibnu Masu’d radiallahu anhu berkata : Sesungguhnya orang mukmin itu memandang dosa-dosanya seperti orang yang berdiri di bawah gunung,yang mana dia (sentiasa) rasa takut yang gunung itu nanti akan menghempapnya,dan orang yang keji pula memandang dosa-dosa mereka seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya, yang berkata : dengan hanya begini sahaja (iaitu dengan hanya ditepis dengan tangan sahaja) maka dengan mudah sahaja lalat itu terbang » (Hadis Riwayat Bukhari)


2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan.
Orang yang telah rosak hatinya tidak mahu bertaubat kepada Allah SWT, sedangkan Rasulullah SAW sentiasa bertaubat 100 kali sehari.  Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Wahai manusia! Bertaubatlah kepada Allah,sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah setiap hari sebanyak 100 kali (Hadis Riwayat Muslim)

3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa.

Hati yang telah rosak adalah hati yang merasa seronok dengan maksiat dan dosa seperti orang-orang kafir. Sedangkan dunai ini syurga untuk orang kafir dan penjara untuk orang Islam.  Nabi SAW bersabda maksudnya : " Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir."
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari Abu Hurairah. Sahih Al-Jami' - 3412)
Orang-orang kafir berseronok melakukan maksiat dan kemungkaran. Mereka buru harta dunia siang dan malam, Mereka berhibur dengan muzik, menonton filem, meminum arak, bermain judi, memiliki wanita-wanuta cantik, dan makan-minum apa saja yg mereka suka dan memuaskan hawa nafsu mereka sepenuhnya maka itu adalah syurga untuk mereka. Sekiranya umat Islam terikut-ikut dengan cara hidup mereka dan menjadikan dunia ini seperti syurga maka di hari akhirat nanti mereka akan dijauhi dari syurga oleh Allah SWT.

4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya.

Orang mukmin sentiasa mematuhi segala perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya . Sedangkan orang fasik, munafik dan kafir tiadak akan memperdulikan perintah Allah SWT dan sentiasa melakukan larangan-Nya dan berseronok-seronok dengan maksiat.  Firman Allah SWT maksudnya : "Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melampau batas, yang membuat kerosakan di bumi dan tidak mengadakan perbaikan." 
(Surah Asy-Syuaara ayat 151-152)

5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya.

Firman Allah SWT maksudnya ; "Mereka (orang munafik) menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalang-halang (manusia) dari jalan Allah. Sungguh betapa buruknya apa yang telah mereka kerjakan."

Sifat orang munafik suka menghalang manusia dari jalan Allah, tidak suka tarbiah, tazkirah dan menarik balik tauliah para ulama yang berilmu dan menyampaikan dakwah. Hati golongan ini telah rosak dan ditambah lagi kerosakkan hati-hati mereka, nanti di akhirat mereka akan dihumbankan kedalam neraka.

6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan.
Sesiapa yang membenci orang soleh sebenarnya dia menjauhkan dirinya kepada rahmat Allah SWT dan mendatangkan kemurkaan Allah SWT.  Nabi SAW juga mengajarkan kepada kita agar bersahabat dengan orang yang dapat memberikan kebaikan dan sering menasehati kita.

مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالْجَلِيسِ السَّوْءِ كَمَثَلِ صَاحِبِ الْمِسْكِ ، وَكِيرِ الْحَدَّادِ ، لاَ يَعْدَمُكَ مِنْ صَاحِبِ الْمِسْكِ إِمَّا تَشْتَرِيهِ ، أَوْ تَجِدُ رِيحَهُ ، وَكِيرُ الْحَدَّادِ يُحْرِقُ بَدَنَكَ أَوْ ثَوْبَكَ أَوْ تَجِدُ مِنْهُ رِيحًا خَبِيثَةً
“Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.” 
(Hadis Riwayat Bukhari dari Abu Musa.)


7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama.

Suka bertengkar pada perkara yang tidak bermanfaat akan mematikan hati dan menimbulkan kebencian sesama muslim. Salah satu sifat orang munafik adalah suka bertengkar dan mempertahankan kebatilan dan pendapat yang menyalahi agama.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud ; "Mahukah kamu semua aku beritahu( sifat-sifat) ahli syurga? Para sahabat menjawab . "Ya", baginda bersabda," Setiap orang lemah dilemahkan, andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah mengkabulkannya. Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul) , berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir)
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya.

Sabda Rasulullah SAW. maksudnya : “ Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam api neraka”.
(Hadis Riwayat at-Tabrani)

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”
(Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

Berdasarkan pemerhatian, punca-punca menyebabkan berlaku rasuah ialah bernafsu besar atau sifat tamak haloba, sikap mahu hidup mewah, memburu kekayaan dengan cepat, tidak bersyukur serta terikut-ikut dengan rakan-rakan sekerja. Orang yang suka mengambil riba pula sebenarnya melanggar hukum Allah SWT yang jelas mengharamkan riba seksaannya cukup berat dihari akhirat nanti.

9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah.

Orang yang telah rosak hatinya dia takut kepada manusia, jin dan syaitan lebih daripada Allah SWT. Orang mukmin hanya bertawakal dan berserah diri kepada Allah SWT. Semua makhluk tidak boleh mendatangkan mudarat kepada kita melainkan dengan izin Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Jika Allah menyentuhkan kemudharatan bagi mu, tidak ada yang boleh menghilangkannya selain Allah, Jika Allah memberikan kebaikan pada-Mu maka tidak ada yang boleh menolaknya, Allah memberikan kepada siapa saja diantara hamba yang Dia kehendaki, Dialah Allah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang ..." 
(Surah Yunus ayat 107)


10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar.
Sifat orang fasik dan hatinya telah rosak adalah benci pada makruf dan suka kepada kemungkaran. Sedangkan Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 110 yang bermaksud: “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…”

Sahabat yang dikasihi,

Marilah sama-sama kita meningkatkan iman dan takwa kita kepada Allah SWT. Jagalah hati-hati kita supaya sentiasa sihat, sejahtera dan menjaganya supaya tidak rosak binasa. Jauhilah 10 perkara yang menyebabkan hati kita akan rosak . Jika dah rosak makan masa hendak dipulihkan, maka dari itu teruskan kita mendekati orang soleh, banyakkan berdakwah dan bekerja untuk Islam supaya hati kita sentiasa dekat dengan Allah SWT dan sentiasa mendapat rahmat-Nya.

JazakAllahu Khairan Khatira:
http://abubasyer.blogspot.com/search/label/Hati%20yang%20rosak%20%2810%20perkara%29
 [Ustaz Abu Basyer adalah Ahli Teras Pertubuhan IKRAM Malaysia]

Thursday, October 20, 2011

JOM KITA BERTAUBAT SAMA-SAMA

* Taubat ialah sesal akan dosa disebabkan perbuatan jahat yang dilakukan dan berazam tidak akan mengulanginya*

TAUBAT!!! 
Jika berkata tentang taubat ni, kita selalu dengar orang kata nak bertaubat atau pun nanti dah tua lah baru aku bertaubat...atau mungkin kita sendiri pernah berkata begitu suatu masa dulu, kiranya zaman jahilliah kita lah kan...hehe, tapi mungkin terlupa sesuatu atau sengaja buat lupa atau dengan erti kata lain tak peduli tentang satu ayat dari Al- Quran dan Hadis mengenai taubat ni,

BERTAUBATLAH KAMU SEBELUM DATANGNYA 3 PERKARA INI;

Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
(Surah An-Nisa Ayat ke 110)

1. Bertaubatlah selagi nyawa dikandung badan dan belum sampai ke halkum.

Sabda Nabi s.a.w. lagi,”Bahawasanya ALLAH yang Maha Mulia lagi Maha Besar menerima ia akan taubat hamba selama belum sampai rohnya kepada halkumnya.” 
(Riwayat Al-Tirmizi)

Taubat Firaun tidak diterima kerana nyawanya sudah sampai ke halkum pada masa itu, lalu Malaikat Jibril menyumbat mulutnya dengan pasir:

Dari Sa’id bin Jubeir dari Ibnu ‘Abbas radhiya’l-lahu ‘anhuma meriwayatkan: “dua orang Sahabat menghadap Rasulullah (menanyakan tentang Fir’aun). Sabda Nabi s.a.w: “Malaikat Jibril menyumbat mulut Fir’aun dengan pasir, khuatir kalau-kalau akan mengucapkan: la ‘ilaha illa’l-lah” 
(Riwayat Al-Tirmizi dan Abu Hurairah ra)


2. Bertaubatlah sebelum matahari terbit dari sebelah barat.

“Siapa yang bertaubat sebelum terbit matahari dari arah barat, nescaya Allah terima taubatnya.” 
(Riwayat Muslim)

Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya (rahmatnya) di malam hari untuk menerima taubat orang-orang yang bebuat dosa di siang hari, dan membentangkan tangan-Nya (rahmatnya) di siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di malam hari, sampai matahari terbit dari arah barat.” 
(Riwayat Muslim).

Rasulullah saw. bersabda: Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum matahari terbit dari barat..


3. Bertaubatlah sebelum Al-Quran dihilangkan.

Selagi Quran masih ada selagi itu diampunkan dosa kita. Pintu taubat masih terbuka selagi ayat-ayat quran yang dihafal belum dihilangkan dari dada orang Islam. Abdulllah bin Mas’ud berkata, “Sungguh, kelak Al-Quran akan dicabut dari dada kamu, dalam satu malam, dihilangkan dari hafalan semua orang, sehingga di bumi ini tidak tersisa lagi sedikitpun.” 
(Riwayat Al-Tabrani)

Quran akan diangkat secara sekaligus ke langit di waktu malam dan bunyinya sewaktu peristiwa itu berlaku seperti bunyi deruan lebah. (Bunyi ayat-ayat diangkat itu seperti bunyi lebah) Pada masa itu mereka ini akan terasa seperti ‘ada benda’ yang pernah mereka baca tapi mereka tidak mampu membacanya lagi kerana semuanya sudah hilang dari ingatan. Lalu mereka bersyair sepertimana kebiasaan Arab Jahiliyyah dahulu. Jika semua ini berlaku, ini bermakna kiamat sudah tersangat dekat.



Kematian akan datang dengan tiba-tiba kawan-kawan. Kita sendiri tak tahu bila kita akan mati. Apa kata dari sekarang, bagi yang belum bertaubat, niatlah didalam hati dengan seikhlas-ikhlasnya yang kita mahu bertaubat sambil berusaha untuk meninggalkan sedikit demi sedikit perbuatan dosa kecil atau besar yang kita lakukan. Yakinkan diri dan berdoa semoga Allah SWT akan beri kita hidayah dan membimbing kita kejalan yang benar, insyaAllah, Allah akan permudahkan segala-galanya. Tapi kalau niat sahaja dan hati masih tetap tidak mahu lepaskan perbuatan keji yang kita buat, memang takkan tercapai sebabnya Allah SWT sentiasa tahu apa yang ada dalam hati kita. Syaitan memang sentiasa berbisik untuk menyesatkan kita tapi HATI ni kan kepunyaan kita, jadi jangan selalu suka menyalahkan syaitan atas apa yang perkara tak baik yang kita lakukan. Belajarlah untuk MENDIDIK HATI dan NAFSU kita kearah kebaikan...InsyaALLAH KITA MAMPU dan KITA BOLEH!!!

Monday, October 03, 2011

BAHASA NEGATIF

Bahasa negative (bodoh, sial) yang paling banyak adalah ketika kita sedang memandu, ketika bermain game terutama game online di rumah atau pun di Cyber Cafe. Berzikirlah dengan ucapan Innalillahiwainnailaihirojiun dan Basmallah terutama jika ada perasaan tidak sabar dan terbit rasa marah...


Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:


"MENCARUT adalah sejenis sikap kasar. Manakala sikap kasar balasannya ialah neraka."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kita wajib menjaga mulut daripada mengeluarkan perkataan yang tidak baik.  Untuk mengelakkannya, bersahabatlah dengan orang yang baik-baik.

SYUKUR DAN NIKMAT ALLAH SBT

Jangan kufur dengan NIKMAT yg telah ALLAH berikan... "BerSYUKUR" bukan hanya pada ucapan mulut dan di FB saja...tapi dengan mendirikan SOLAT, kerana perkataan "ALHAMDULILLAH" yg sebenar terdapat dalam rukun wajib solat

NEGATIVE THINKING

Negative people can destroy our beliefs in ourselves and take away the motivation that so many struggle to get in the first place

GURU DAN ILMU

Akibat sekolah terlalu mengejar KPI, murid2 yg di label 'bodoh' oleh guru mereka menjadi mangsa hingga tidak dibenarkan mengambil peperiksaan...sungguh menyedihkan...Dimanakah perginya janji setia guru pada agama, bangsa dan negara? Perlu diingat, Guru yg TERBAIK ialah guru yg MAMPU merubah anak didiknya yg 'bodoh' dan 'nakal' menjadi seorang yg 'pandai' dan 'berakhlak mulia'.

SAHABAT

Kita perlu cerewet dalam memilih sahabat kerana bertemu dengan seorang sahabat yang baik adalah suatu ketenangan dalam jiwa.

USAHA ATAU GAGAL

Segala apa yg BERJAYA & GAGAL yg dicapai oleh kita adalah hasil & kesan drp pemikiran kita. Ia diselarikan dgn perbuatan & tindakan kita.

CINTA DAN WANG

Mencari cinta tidak memerlukan wang tapi MENGEKALKAN cinta MESTI ada wang

IBARAT PERANTAU

http://www.flickr.com/photos/jack329

Pengembaraan terakhir bagi kehidupan di dunia ini ialah kubur.
Apabila tiba masanya, berakhirlah amalan yang dijadikan sebagai bekalan.

Dipetik daripada buku:
1.   300 hadis bimbingan karya Dr Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam
2.  101 Rekreasi Hati karya Dr Zahazan Mohamed dan Nik Wafdi Nik Jaafar

KEIKHLASAN

http://www.facebook.com/jack329

Wednesday, September 28, 2011

JATUH CINTA DENGAN ILMU DARI TELAGA BIRU


MILIKILAH buku-buku ilmiah, MAJALAH SOLUSI dan himpunan doa & zikir oleh ikon-ikon Telaga Biru Sdn Bhd termasuk Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed, Dato Dr HJ Fadzilah Kamsah, Dato Ustazah Nor Bahyah, Irfan Khairi,
 Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, Dato Ismail Kamus dan ramai lagi.


Assalaamua'laikum w.b.t,

Saya cukup tertarik atau dengan kata lain, saya sebenarnya teruja dan jatuh cinta dengan buku-buku keluaran dari terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.  Saya pertama kali diperkenalkan dengan buku-buku keluaran terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. ini oleh  ustaz favorite saya iaitu Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed yang merupakan salah seorang Pengarah Eksekutif Telaga Biru dan bertauliah dalam memimpin kursus dan jemaah haji dan umrah.  Sering kali juga beliau berceramah diradio dan tv dan setiap kali muka beliau muncul di tv atau suaranya diradio, saya pasti akan duduk mengadap atau mendengar ceramah beliau dengan kusyuk terutama ketika beliau mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran. Pertama kali ceramah beliau yang saya lihat ialah di TV9 iaitu Tanyalah Ustaz dan setiap kali berceramah beliau pasti akan membawa dan memperkenalkan buku-buku keluaran dari Telaga Biru. Semoga Allah s.b.t merahmati beliau.

Seronoknya membaca dan melihat buku keluaran Telaga Biru ini ialah kerana huraian dan istisarinya padat dan ringkas. Kebanyakkan buku-bukunya disertakan panduan berilustrasi terutama buku berkaitan solat seperti Ensiklopedia Solat, Formula Solat Sempurna, Solat-solat Sunat, Hidup Bersyariat dan lain-lain lagi. Paling saya suka buku-buku Telaga Biru di sertakan 'info' dari mana ayat Al Quran, Hadith, Sunnah atau cerita tersebut. Memang menarik buku-buku Telaga Biru ni, kalau tak percaya sahabat-sahabat boleh lihat sendiri di kedai-kedai buku yang berdekatan. Saya sebelum ini memang susah nak membaca buku terutama yang berkaitan dengan bab-bab agama. Salah satu sebabnya ialah buku tersebut kurang menarik isi kandungannya, terutama kita boleh lihat buku yang berkaitan dengan solat. Kebanyakkannya semua gambar kartun yang dilukis. Kertas dan helaiannya juga ada yang kurang berkualiti dan tidak mempunyai gambar-gambar yang menarik. Isi kandungannya juga sukar untuk difahami dan kadang-kadang yang buat saya sangat kurang gemar membaca adalah kerana perkara yang diberitahu, berat untuk saya amalkan. Contohnya bab solat-solat sunat. Kebanyakkannya tidak memberitahu cara solat sunat secara detail dan surah-surah tambahan atau doanya yang panjang seperti menyuruh agar kita wajib membacanya. Perkara ini terdapat terutama didalam buku-buku lama. 

Syukur alhamdulillah saya diperkenalkan dengan buku terbitan Telaga Biru ini. Terujanya sampai setiap bulan saya harus membeli buku terbitan mereka sekurang-kurangnya 3 naskah...hehehe. Terima kasih juga kepada suami saya kerana tak pernah mengatakan TIDAK sekiranya saya hendak membeli buku-buku yang saya minati. Telaga Biru juga ada mengeluarkan majalah Solusi dan Gen Q yang bagus untuk dibaca dan boleh disimpan seberapa lama yang kita mahu tidak seperti majalah-majalah lain kerana majalah tersebut boleh dijadikan rujukan untuk kita bila perlu.

Buku-buku keluaran Telaga Biru boleh dilihat di http://telagabiru.net.my

SELAMAT MEMBACA DAN MENAMBAH ILMU

ADAB BERKONGSI ILMU

http://www.flickr.com/photos/jack329


Assalaamu'alaikum w.b.t

Penggunaan bahasa kesat seringkali digunakan oleh orang-orang asing di facebook, myspace, youtube, blogger dan lain-lain lagi. Tetapi perkara ini semakin menular dikalangan orang-orang islam kita terutama kanak-kanak sekolah rendah...na'uzubillah Kadang-kadang kita lupa, komen-komen itu dibaca oleh semua lapisan masyarakat termasuk suami/isteri, anak, ibubapa, saudara-mara dan rakan-rakan kita. Bayangkan jika kita seorang guru, komen-komen dan bahasa kesat, celupar, mencarut itu akan dibaca oleh anak-anak murid kita.

Dengan ini, kembalilah kita kepada sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang telah diutuskan untuk mendidik kita agar berakhlak mulia, bersopan santun tidak kira bangsa terutama sesama islam. Pernahkah anda terfikir sikap biadap, carut-marut dan kata-kata kesat itu datangnya dari iblis laknatullah? Saya sendiri akui adakalanya komen-komen yang saya baca menerbitkan sifat marah didalam diri saya dan saya seboleh-bolehnya cuba menangkis dan menapis sifat kemarahan saya di laman media ini kerana 

KITA AKAN BERTANGGUNG JAWAB TERHADAP APA YANG KITA PERKATAKAN

Dibawah ini saya kongsikan antara adab-adab atau cara-cara untuk komen dilaman media yang saya baca dan petik dari laman blog Kongsi Ilmu.

Semoga kita akan mendapat menfaat dari petikan tersebut...InsyaAllah


1. Mulakan setiap tulisan dengan menyebut nama Allah kerana kesannya boleh melembutkan hati dan membantu melancarkan proses penyampaian.

2. Jika ingin ‘reply’, hendaklah membalas ucapan Salam daripada penulis dengan menulisnya di komen anda dan bukan hanya menjawabnya secara lisan.

3. Adalah lebih baik untuk menulis Salla Alaih wa sallam secara penuh jika dibandingkan dengan menulisnya secara ringkas. Namun jika ada kesukaran, cukuplah dengan apa yang biasa difahami.

4. Tidak mempermainkan atau memperlekehkan apa yang ditulis oleh orang lain.. Adalah penting untuk kita memperingatkan diri kita bahawa hak saudara kita adalah untuk kita menghormatinya dan tidak memperlekehkannya dalam apa jua bentuk sekalipun.

5. Sentiasa sahaja memanggil sesama sendiri dengan panggilan yang melembutkan hati seperti ‘Saudaraku yang dikasihi’ atau ‘Tuan yang dihormati’ dan sebagainya dalam perbincangan komen. Boleh juga gunakan apa-apa lain yang melambangkan kemesraan.

6. Sentiasa amalkan ‘double check’ tulisan-tulisan kita kerana untuk mengelakkan kesilapan teknikal seperti rujukan dan sumber yang salah serta kesilapan ejaan.

7. Adalah baik jika kita memberikan perhatian kepada penggunaan tanda-tanda seruan seperti ?? dan !! kerana jika tidak diletakkan di tempat yang betul, maksud yang ingin disampaikan akan hilang. Juga, tanda-tanda seperti itu meletakkan perasaan seperti marah atau mencela sedangkan pada ketika anda tidak memaksudkannya.

8. Adalah baik jika kita dapat membuat sedikit ‘search’ tentang tajuk yang kita ingin tulis kerana kemungkinan besar tajuk tersebut sudah banyak dibincangkan. Kita ingin elakkan tulisan berkisar tajuk yang berulang melainkan jika ada perkara-perkara dan persoalan penting perlu dikemukakan.

9. Elakkan daripada meletakkan tajuk di section yang salah kerana menyukarkan usaha pencarian arkib di masa akan datang.

10.Jangan terburu-buru memberikan fatwa di dalam jawapan ‘reply’ kerana kita tidak ada kelayakan untuk memberikan fatwa. Nyatakan fatwa daripada ulama mana yang anda ambil. Jika anda tidak dapat mengenal pasti dengan tepat sumbernya, elakkan daripada bergantung sepenuhnya dengan memori.

11.Elakkan daripada memberikan pendapat peribadi anda dalam mengupas sesuatu fatwa seperti berkata, “Ini yang saya lakukan…” atau “Ini pendapat saya…” kerana apa yang kita lakukan dan ikut yang tidak ada dalil dan bukti adalah tidak sah terutamanya jika kita hanya menggunakan nick name.

12. Elakkan daripada memberikan ‘unrelated comments’ kecuali ianya membawa manfaat seperti untuk menggalakkan si penulis atau untuk memberikan kehangatan kepada silaturrahim.

13.Adab dalam berilmu menyuruh kita supaya mendedahkan sumber rujukan setepat yang mungkin. Pastikan sumber ditulis dengan jelas untuk rujukan masa akan datang.

14.Akhlak yang paling baik dan paling utama adalah untuk berpegang kepada manhaj ahlu alsunnah wa al-jama’a dalam kita menulis, bertanya, menjawab, dalam gaya pembawaan dan kandungan, dan dalam kaedah dan keputusan.

15.Bersikap rendah diri dan berlemah lembut dengan sesame saudara semuslim.

16.Jangan bercakap mengenai orang lain kecuali ianya adalah perlu dan jangan berlebih-lebihan. Bincangkan hanya apa yang menyentuh topic tanpa berlebihan dan sentiasa memegang niat untuk memberikan nasihat kepada orang lain kerana Allah semata-mata.

17.Jangan berasa gembira jika pihak lain melakukan kesilapan walaupun pihak tersebut melawan pendapat anda.

18.Sebutlah nama saudara yang kita tujukan jawapan ‘reply’ kepadanya seperti, “Jawapan kepada saudara fulan..”

19.Adalah baik jika kita tidak menyebut-nyebut nama guru kita berulang-ulang dan berkali-kali untuk mengelakkan bisikan syaitan. Sebutlah secara umum tanpa merujuk kepada diri kita.

20.Jika ingin menasihati, lakukanlah secara rahsia. Jika ada masalah peribadi, lakukan secara rahsia. Sesungguhnya Allah memelihara orang yang memelihara aib manusia lain.

Wallahu a'lam

***********************************************************
JazakAllahu Khairan Khatira: http://kongsilmu.org

Monday, September 26, 2011

LUASNYA ILMU ALLAH TIDAK TERHINGGA



Katakanlah (Muhammad), "Seandainya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai penulisan kalimah-kalimah Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula."


Surah Al-Kahfi, Ayat 109

Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang telah menerima wahyu, bahawa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa." Maka barang siapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya maka hendaklah dia mengerjakan kebajikan dan janganlah dia mempersekutukan dengan sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya"

Surah Al-Kahfi, Ayat 110